Thursday 28 February 2008

JUARA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Kampung Alor Limbat merupakan sebuah kampung yang telah mengorak langkah jauh untuk menjadi sebuah kampung contoh di Malaysia. Lokasinya terletak di daerah Marang, Terengganu. Alor limbat aktif meneyrtai pelbagai pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Pencapaian terakhir ialah Johan Pertandingan Kebersihan Dan Keindahan Kampung Peringkat Negeri Terengganu. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Datara Sri Limbat pada 17 Januari 2008. Anugerah dan pengiktirafa ini sekali lagi menjadi batu loncatan untuk ia melangkah lebih jauh ke hadapan. Pencapaian demi pencapaian yang membanggakan Ini menjadikan Alor Limbat sebagai kampung yang terkenl lagi tersohor di malaysia.
Kemenangan ini bukanlah kemenangan peribadi tetapi ia adalah sebagai satu penghargaan kepada semua lapisan penduduk Kampun Alor Limbat yang sentiasa berganding bahu menjadikan Alor Limbat sentiasa berada di hadapan. Semangat gotong royong yang disemai sejak zaman berzaman tidak sekali-kali pudar di dalam diri setiap masyarakat di sini. Berkat usaha dan amala murni yang diamalkan, Alor Limbat dinobatkan sebagai kampung terbersih di seluruh Negeri Terengganu. Tahniah warga Alor Limbat!!!
Mercu Tanda Alor Limbat

Selamat Datang Ke Kampung Alor Limbat

Landskap Di Persimpangan Utama Alor Limbat

Menyusuri Jalan Di Alor Limbat

Masjid Menjadi Simbol Keagamaan Juga Menjadi Pusat Aktiviti Kemasyarakatan

Pondok Jiran Perihatin Lambang Perpaduan Dan Keselamatan Kampung

Medan Infodesa Alor Limbat, Pusat Teknologi Maklumat Setempat

Perpustakaan Desa Alor Limbat

Balai Raya Kampung Alor Limbat

Pondok Komuniti Bestari

writer: "wahh...aku bangga sangat menjadi anak jati Alor Limbat. Dalam ratusan kampung dalam Terengganu, kampung aku menjuarai pertandingan ni. Walaupun ia jauh dari pusat bandar namun ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Yang mungkin tidak diperolehi oleh kampung-kampung lain. Keamanan, keharmonian tetangga menjadi kebanggaan kami. Di sini masih lagi utuh semangat kekitaan dan gotong-royong. pemandangan yang indah, kebersihan menjadi tiket untuk keselesaan penduduk.....buat warga Alor Limbat, berbanggalah anda dengan kejayaan ini"

No comments: