Thursday 18 June 2009

nama sy dalilah

Sunday 8 February 2009

Pusat Jalur Lebar

Tujuan Penubuhan adalah untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat.Juga untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT.Melalui penubuhan pusat ini setiap lapisan komuniti dapat dirangkaikan melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, school net, klinik kearah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan.......................

Thursday 28 February 2008

SINGGAH SEJENAK DI MEDAN INFODESA ALUR LIMBAT



MEDAN INFODESA ALUR LIMBAT, 21400 MARANG, TERENGGANU.




PERKHIDMATAN MID ALUR LIMBAT:


  • MENGANJURKAN KURSUS KOMPUTER BERBAYAR (JANGKA PENDEK & JANGKA PANJANG)

  • MENJALANKAN KURSUS ANJURAN KERAJAAN

  • CYBER CAFE

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN:



  • MENJUAL PENDRIVE

  • MENJUAL ALAT TULIS

  • MENJUAL CD DAN DISKET

  • PRINT/MENCETAK

  • SCAN/MENGIMBAS

  • UPAH MENAIP DOKUMEN DAN KERTAS KERJA

  • CD BURNING

KURSUS ANJURAN KERAJAAN



  • KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA

  • KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN KOMPUTER

  • KURSUS BAIKPULIH DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER

KURSUS ANJURAN MID ALUR LIMBAT



  • KURSUS ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER

  • KURSUS KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER

  • KURSUS KEMAHIRAN MICROSOFT OFFICE 2007


KOLEKSI PHOTO


KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA SEPANJANG TAHUN 2007


ANJURAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW)




Bukan sekadar kursus...elaun pun berbayar



Peserta didedahkan juga dengan persembahan power point supaya lebih berkeyakinan berdepan dengan orang ramai





Peserta tekun mempelajari modul yang disediakan



cederahati juga disediakan kepada peserta



Peserta menjalani amali berkumpulan untuk dinilai oleh jurulatih



inilah reality.... peserta berganding bahu memahami pembelajaran yang disediakan



Suasana di dalam makmal komputer



cg.azril...jurulatih undangan



majoriti wanita....



jurulatih bersedia menunjuk ajar dan berkongsi maklumat tambahan dengan peserta



setiap persembahan dinilai oleh jurulatih.



tiga peserta tekun melihat tunjuk ajar jurulatih. kursus sebegini lebih diminati oleh golongan suri rumah dan belia.



jurulatih MID Alur Limbat sibuk di hari pendaftaran peserta





















JUARA PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Kampung Alor Limbat merupakan sebuah kampung yang telah mengorak langkah jauh untuk menjadi sebuah kampung contoh di Malaysia. Lokasinya terletak di daerah Marang, Terengganu. Alor limbat aktif meneyrtai pelbagai pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Pencapaian terakhir ialah Johan Pertandingan Kebersihan Dan Keindahan Kampung Peringkat Negeri Terengganu. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Datara Sri Limbat pada 17 Januari 2008. Anugerah dan pengiktirafa ini sekali lagi menjadi batu loncatan untuk ia melangkah lebih jauh ke hadapan. Pencapaian demi pencapaian yang membanggakan Ini menjadikan Alor Limbat sebagai kampung yang terkenl lagi tersohor di malaysia.
Kemenangan ini bukanlah kemenangan peribadi tetapi ia adalah sebagai satu penghargaan kepada semua lapisan penduduk Kampun Alor Limbat yang sentiasa berganding bahu menjadikan Alor Limbat sentiasa berada di hadapan. Semangat gotong royong yang disemai sejak zaman berzaman tidak sekali-kali pudar di dalam diri setiap masyarakat di sini. Berkat usaha dan amala murni yang diamalkan, Alor Limbat dinobatkan sebagai kampung terbersih di seluruh Negeri Terengganu. Tahniah warga Alor Limbat!!!
Mercu Tanda Alor Limbat

Selamat Datang Ke Kampung Alor Limbat

Landskap Di Persimpangan Utama Alor Limbat

Menyusuri Jalan Di Alor Limbat

Masjid Menjadi Simbol Keagamaan Juga Menjadi Pusat Aktiviti Kemasyarakatan

Pondok Jiran Perihatin Lambang Perpaduan Dan Keselamatan Kampung

Medan Infodesa Alor Limbat, Pusat Teknologi Maklumat Setempat

Perpustakaan Desa Alor Limbat

Balai Raya Kampung Alor Limbat

Pondok Komuniti Bestari

writer: "wahh...aku bangga sangat menjadi anak jati Alor Limbat. Dalam ratusan kampung dalam Terengganu, kampung aku menjuarai pertandingan ni. Walaupun ia jauh dari pusat bandar namun ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Yang mungkin tidak diperolehi oleh kampung-kampung lain. Keamanan, keharmonian tetangga menjadi kebanggaan kami. Di sini masih lagi utuh semangat kekitaan dan gotong-royong. pemandangan yang indah, kebersihan menjadi tiket untuk keselesaan penduduk.....buat warga Alor Limbat, berbanggalah anda dengan kejayaan ini"